Kehidupan awal Nymphadora_Tonks

Beliau adalah anak yang lahir ketika peperangan pertama menentang Voldemort, Tonks ketika itu masih bukan ahli asal Kumpulan Phoenix. Beliau berpendidikan Hogwarts, berkemungkinan pelajar yang baik dan bijak yang menyebabkan beliau memenuhi piawaian untuk mempunyai kerjaya sebagai Auror. Beliau bukanlah seorang pengawas mungkin disebabkan perlakuannya. Beliau adalah rakan sekelas Charlie Weasley; yang sama-sama memasuki Hogwarts pada 1984. Walau bagaimanapun, tidak diketahui rumah yang beliau ditempatkan.

Tonks tamat pembelajarannya di Hogwarts pada musim panas 1991 dan memulakan latihan Auror untuk tiga tahun. Sebagai seorang Metamorphmagus, beliau dengan mudahnya lulus dalam ujian Penyembunyian dan Penyamaran tetapi agak sukar dalam menjejak disebabkan kecuaiannya. Walau apapun, beliau lulus sebagai Auror pada 1994, setahun sebelum kemunculan pertamanya dalam Order of the Phoenix.

Tonks dilahirkan sebagai Metamorphmagus, yang menunjukkan beliau seorang yang boleh berubah bentuk yang mampu mengubah penampilannya mengikut kehendaknya (walau bagaimanapun terhad kepada bentuk manusia sahaja). Dalam Order of the Phoenix, Tonks menyatakan yang "Metamorphmagi amat jarang, mereka dilahirkan begitu, bukan dibuat." Setakat ini, tiada saudara mara Tonks yang diketahui sebagai Metamorphmagi. Walaupun rupanya boleh berubah, penampilan asalnya ialah perempuan muda yang pucat dengan. Beliau mula muncul dalam buku kelima dengan rambuut ungu, mencuba beberapa warna sebagai samaran lalu mengubah menjadi merah jambu.